Remaja Perempuan Melayu Malaysia

- Sekarang saya berumur 13 tahun dan perubahan badan sangat ketara. Apakah yang terjadi?
- Hairan, sejak akhir-akhir ini, saya banyak berfikir ke arah seks, adakah saya ini normal? Apakah itu orgasma atau kemuncak?
- Teman lelaki saya mengajak saya untuk melakukan hubungan seks bagi membuktikan cinta saya terhadapnya. Perlukah saya mendengar katanya?

Misalnya, sebelum seorang gadis atau teruna ingin menjalinkan hubungan seksual, mereka mesti memikirkan mengenai beberapa perkara. Adakah mereka benar-benar bersedia?
Bersedia maksudnya, tahu semua kesan dan akibat hubungan seksual seperti gadis itu mungkin mengandung dan melahirkan anak, terkena jangkitan penyakit kelamin atau HIV. Akibatnya, mereka terpaksa berhenti sekolah, memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dan bekerja pada usia muda. Yang paling teruk, menconteng arang ke muka keluarga.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia. Remaja mula mengalami perubahan fizikal di antara umur sembilan dan 16 tahun. Ini dipanggil akil baligh.
“Perubahan fisiologi ini sebenarnya menyediakan anda untuk tujuan pembiakan. Telur bagi perempuan dan testis untuk lelaki mula mengeluarkan hormon-hormon.
“Kehadiran hormon-hormon ini akan menyebabkan perubahan fizikal badan, menampakkan sifat fizikal perempuan dan juga lelaki dewasa,” katanya.
Perubahan fizikal remaja perempuan
- Payu dara bertambah besar
- Punggung melebar
- Berat badan bertambah
- Bulu tumbuh di bawah ketiak dan kawasan kemaluan
- Tumbuh jerawat
- Haid
- Suara berubah dari keanak-anakan menjadi lebih matang.
- from turboupload.com
- from savefile.com