Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa, merupakan satu zaman yang penuh dengan kegembiraan, dan juga boleh membingungkan. Ia bermula dari usia 10 hingga 19 tahun, berbeza-beza di antara seorang dengan yang lain. Bukan fizikal sahaja yang mengalami perubahan akibat tindakan hormon di dalam badan, tetapi begitu juga dengan soal hati – perasaan dan emosi. Banyak pertimbangan memerlukan perhatian, fokus pada perubahan diri, hubungan dengan kawan-kawan, masalah persekolahan serta sosial, kehidupan seharian dan tidak lupa, percintaan yang normal.
- Sekarang saya berumur 13 tahun dan perubahan badan sangat ketara. Apakah yang terjadi?
- Hairan, sejak akhir-akhir ini, saya banyak berfikir ke arah seks, adakah saya ini normal? Apakah itu orgasma atau kemuncak?
- Teman lelaki saya mengajak saya untuk melakukan hubungan seks bagi membuktikan cinta saya terhadapnya. Perlukah saya mendengar katanya?
Berbanding teruna, kebanyakan anak- anak gadis lazimnya berasa lebih takut dan tertekan dengan perubahan yang mendadak ini. Memahami perubahan-perubahan proses tumbesaran yang berlaku memudahkan remaja untuk menerima hakikat, seterusnya menyesuaikan diri dan melalui peralihan baru ini dengan lebih meyakinkan.
Misalnya, sebelum seorang gadis atau teruna ingin menjalinkan hubungan seksual, mereka mesti memikirkan mengenai beberapa perkara. Adakah mereka benar-benar bersedia?
Bersedia maksudnya, tahu semua kesan dan akibat hubungan seksual seperti gadis itu mungkin mengandung dan melahirkan anak, terkena jangkitan penyakit kelamin atau HIV. Akibatnya, mereka terpaksa berhenti sekolah, memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dan bekerja pada usia muda. Yang paling teruk, menconteng arang ke muka keluarga.
Sebenarnya, tiada kata terlambat untuk memulakan diskusi dengan anak-anak tentang isu-isu yang bersabit dengan seksual. Sikap terbuka, sekalipun dengan anak-anak yang masih kecil apatah lagi dengan peredaran masa akil baligh yang bertambah semakin cepat kini, mampu menunjukkan kepada mereka bahawa seks merupakan satu topik yang boleh dibincangkan bersama.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia. Remaja mula mengalami perubahan fizikal di antara umur sembilan dan 16 tahun. Ini dipanggil akil baligh.
“Perubahan fisiologi ini sebenarnya menyediakan anda untuk tujuan pembiakan. Telur bagi perempuan dan testis untuk lelaki mula mengeluarkan hormon-hormon.
“Kehadiran hormon-hormon ini akan menyebabkan
perubahan fizikal badan, menampakkan sifat fizikal perempuan dan juga lelaki dewasa,” katanya.
Perubahan fizikal remaja perempuan - Payu dara bertambah besar
- Punggung melebar
- Berat badan bertambah
- Bulu tumbuh di bawah ketiak dan kawasan kemaluan
- Tumbuh jerawat
- Haid
- Suara berubah dari keanak-anakan menjadi lebih matang.
Download Koleksi Gambar Gadis Melayu Seksi: